Wednesday, June 20, 2012

melawat sabah ..... hari pertama (16 JUN 2012)

saat yang di nanti2 telah tiba... alhamdulillah kita satu famili sampai gak di negeri di bawah bayu...
pagi2 lagi dah bgn bersiap sbb target kul 8am nak turun dari rumah. kena pegi kilang papa dulu sbb kwn papa akan tlg hantar ke airport.


ni masa dah check in kat airport. tgh tunggu flight. muka2 excited nak naik kapal terbang...




ni plak masa dlm kapal terbang. smpt lg bergambar. maklum la dok kat blkg org x ramai sgt...


adam pun ada tempat dudk. tapi biasa la dia...x reti dok diam. masa dah kat atas, bleh plak dia berlari2 dlm flight tu. dia buat mcm naik bas express je...(mmg mcm bas je pun).

setibanya di sana, tujuan utama adalah ke toilet utk tukar pampers anak2...

dari airport amik teksi terus ke GAYA CENTER HOTEL. agak mahal, RM30. nak x nak kn la byr gak. sesuatu yg x di jangka berlaku kat hotel. masa mama bagi voucher nak check in, leh lak org tu tgk nama mama x de. dia suruh tunggu ja. dlm 15 minit gak la. mama dah tension. dah la sampai kat sn je adik demam. pastu dok ngamuk2 nak tido. pastu org kat kauter tu panggil mama. "puan bertuah kerana dapat menginap 3 hari 2 malam di penthouse kami. biliknya sgt cantik". mama dah x peduli, yg penting dpt naik bilik utk uruskan amni. masa dlm blk tu terfikir balik. "betul ke dpt dok kat penthouse ni?? tingkat 14...tinggi tu! cantik sgt ke? lantak la....janji dpt bilik".
setibanya kat bilik tu mmg mama n papa terkejut sgt2. mmg cantik la bilik tu. perabot pun ala2 istana gitu. apa lagi...menjelajah la dlm bilik yg besar tu. MMG CANTIK! adik yg dok mengamuk tu pun terus diam. x jd tdo.






itulah gambar kat dlm bilik kita tu. macam mana kita boleh dapat dok kat bilik yg mewah mcn ni? itulah MISTERI....ramai yg x caye. meh mama citer.
pada suatu hari mama telah booking tiket flight+hotel. bila part suh pilih hotel tu, mama pilih misteri hotel sbb murah skit. masa tu mama tawakal je lah dpt hotel ape pun janji murah. bila dah byr, baru la dpt tau hotel tu ialah hotel gaya. kira ok la tu. hotel baru. betul2 tgh bandar. pastu mama dah x peduli lg. sampai la ke hari kejadian. masa kat dlm bilik tu papa tgk smula voucher tu, rupanya kat situ tulis: room type:mystery. ooo...rupanya bkn setakat hotel je yg misteri, bilik pun misteri. mama sgt2 la happy. rasa  berbaloi sgt2. mama seronok bila tgk anak2 dan suami mama gembira. tu semua rezeki anak2 n suami mama...

so ptg tu papa call org utk sewa keta dan kul 6.30ptg dia hantar kat hotel. apalagi...round bndr KK la kita. tapi xde la ape yg menarik sgt pun...cari pasar mlm pun x jumpa. so pegi cari tmpt mkn je la. org kata mknn kat sabah x sdp, x leh masuk tekak. so kita cuba je la....

pusing2 bndr KK ternampak la satu kwsn penuh ngan canopy. tgk ada jual mknn. jom isi tekak. kat situ byk gerai2 jual seafood. cuma ikut nasib kn kedai yg sedap atau x. seafood dia pun agak murah. mcm2 jenis ikan ada. udang pun, dari yg kecik sampai ke yg besar. mama teringin nak mkn udang galah tapi besar sgt. takut x lalu lak. so amik yg kecik je la.
mkn malam dgn lauk yg cengitu baru RM68. kalau kat kedai mesra, PD tu mau beratus dah. so aktiviti kita utk hari pertama berakhir dgn mkn. balik bilik terus tdo. esok nak pi tgk gunung plak. so tunggu next entry ok!













No comments:

Post a Comment

International E Chem E-Car

1st time adam join international program. (9-10/10/2019) ...