Monday, May 31, 2010

mandi time


sukenye adam mandi...sorry letak gambar xxx. yang penting anak mama ni memang comel. masa mandi pun sempat lagi posing...

tgk umah lagi

semalam pergi hntr borg n byr baki deposit. hari ni nak pi hantar slip gaji lak. tertinggal. hari ni sempat la amik sikit lagi gmbr dlm show house tu...
nanti bilik adam nak wat camni la...


ni gambar show house type ARA yg di ambil isnin lepas:

Saturday, May 29, 2010

hari yang ceria..

pagi sabtu yang ceria....









mama bawak adam pi mandi kolam kat palm spring.


mari kita bergambar dulu. anis tu sebok nak pi main. adam pnjm pelampung amar jap. makteh berdiri sorg2 sebab xde baby nak di pegang. papa lak dok amik gambar. bukan main seronok lagi bila adam tgk budak2 mandi dalam kolam. excited betul dia nak terjun.bila letak dalam pelampung mickey mouse adam (sponsored by makngah). bukan main lagi kaki dia mengayuh. macam la dah pandai sgt berenang. padahal baru first time masuk dlm pelampung. amar yg dah setahun pun takut2 lg. anak mama mmg bagus. produk yg baik...hehe.

papa terpaksa tolak adam jauh skit dari tempat yang crowded tu. takut tepercik air kat muka adam. adam lak pntg ada air kat mulut, terus minum. kang sakit perut lak.




mama tgk adam mcm dah sejuk je, tapi tak nak naik. kita bergambar kejap ye.amboi...x sabar nak masuk dalam air lagi ye... jom kita continue..lain kali boleh la mama bawak adam lagi. pelampung dah ada, adam pun dah suka. lepas ni kita gi mandi kat pantai lak ye sayang..


hujung minggu

semalam makngah adam dtg. kita pergi picnic kat tmn rekreasi kat pd. adam bukan main sonok lagi dtg sini.

malamnye bwk makngah pi mkn steamboat. adam x mkn tapi mama yang mkn byk. adam suka tengok cahaya2 lampu kat tepi pantai tu.

Thursday, May 27, 2010

amik gambar

rumahku tu betul2 sebelah show house. aku saje amik kat ctu sebab blok tu dah naik. so cpt skit siap. dlm 1th stgh lagi la paling cepat pun... aku pi lagi umah tu sebab nak amik gambo. balik tu ape lagi...berangan la. kat mana nak ltk sofa, meja mkn, dll. nasib baik la rumah aku sekarang dah complete walaupun umah sewa. so x de la nak kuar duit byk sgt tuk beli perabot. ni aku upload skit gambarnye..
pandangan hadapan rumah showhouse.

rumahku kat sebelah tu..hehe

tu nampak tiang rumah ku dah naik...hehe
ni pandangan dari ruang tamu

ni ruang tamunye. besar la gak...

siap ada wet kitchen n dry kitchen lagi.
yang ni gambo wet kitchen je. dry punya lupa nak amik. tapi kabinet nanti aku nak wat simple je. tapi kalu boleh nak wane merah...hahaha

park residences?

hari ni aku pergi HSBC kat seremban. org kata wat loan ngan bank ni ok. aku saje malas guna loan govmen. memang dia punya loan ok. tapi bila memikirkan nilai rumah tu sgt rendah berbanding dgn harga yang nak dijual, aku n husband dah patah hati lagi. balik dari seremban, kitorg bersiar2 di springhill, membawa hati yang keciwa. tetiba tergerak hati nak tgk show house kat park residence. dulu pernah lalu tapi x mau bli kat situ sebab jauh...konon la. tapi kali ni kami sesaja nak cuci mata. call saleman tu suruh dtg buka pintu. bila melangkah masuk je kat dalam rumah tu, aku dah terpegun dan terpesona...sebenarnya terpesona ngan hiasan dalaman umah tu...
so aku nekad nak wat camtu gak bila dah ada rumah nanti. bila naik tgkt ats, lagi la aku tertawan...ada hall kat atas. master bedroom pun sikit punya besar. so aku terus ckp kat hubby, kira jadi la. dan2 ptg tu gak gi booking kat opis dia. masa tu dah kul 6 lebih, pintu opis dah nak tutup. tapi aku nekad gak. nasib baik aku sempat booking, esoknya rumah tu dah naik rm4k. huh...rezeki aku.

survey rumah

pada awalnya aku cuba survey rumah kat taman intan ni je. tapi harga yg owner letak tinggi sgt. kalau nak, aku kena tambah rm15k...pokai ar. mana nak cari. dah la rumah lama, kalau dah beli kena renovate lak. nak pakai duit lagi. aku dah wat quotation untuk 3 biji rumah, tapi seme aku cancel. patah hati...owner lak x nak turunkan harga. argh...bia la. ingat aku hadap sgt nak umah tu. ada tu nak deposit mahal lak. dah la cakap menyombong. last2...melepas. padan muka. belum tentu lagi ada org lain nak beli rumah tu.

Wednesday, May 26, 2010

go genting

25 hb mei 2010...

mama bawak adam pergi genting. memang niat nak bawak adam sejak adam kecik lagi. kebetulan papa cuti n papa ada tiket free. so inilah masanya.
adam memang budak baik...x buat perangai. tapi satu je, bile dah kat tempat sejuk tu, asyik nak tido je... mama n papa xde main pun, cian nak tinggal adam. papa lak, kalau mama x main, dia pun x nak. so kita makan angin sejuk je lah..

maaflah ye...mama n papa tumpang post adam. saje nak imbas zaman romantik dulu. dulu mama n papa selalu sgt pergi genting.

Sunday, May 23, 2010

permulaan sebuah kehidupan

mama keliru...

mama pening fikir, nak hantar adam kat taska ke nak stay kat umah pengasuh je. mama mcm dah x berkenan kat pengasuh adam tu. tapi nak hantar kat taska pun mama risau sebab adam ada G6PD. lagipun kat taska nanti adam xleh la nak manja2 sangat. sebab bukan adam je yang nak dijaga. kat umah pengasuh ni pun mama xtau cam ne dia layan adam masa mama xde. sayu hati mama bila tgk dagu anak mama luka. xkan le sebab botol susu....

xpe la. mama saba dulu. tunggu adam besar sikit.

mama dah buntu fikir. pe pun, esok kita g enjoy dulu. mama nak bawak adam pergi genting....hooreyyy...

Sunday, May 16, 2010

pantai



ptg td kita g jln kat tmn rekreasi PD. hampir2 x jd pegi sbb papa ngantuk nak tido n adam pun syok tido. tapi mama paksa gak dua2. mama x bagi papa tido dan mama kejut adam bgn...hehe. tapi x best sgt sbb adam pun cam xde mood. pastu g minum cendol kat town. bukan main sonok adam tgk burung merpati kat warung mamak tu.

bubur nasi

semalam mama start bagi bubur nasi kat adam. selera sungguh anak mama mkn. sonok mama tgk. baru la berkhasiat....ada ayam, carrot, sawi. hari ni mama bagi bubur nasi lagi. byk gak adam mkn. tapi yg x bestnye, ari ni adam dah mula menyembur... bila dah kenyang mula la sembur. nak cubit kang x sampai hati. so biar je la. abis sampai atas idung. dalam tinga pun ada bubur. mana x nya, sambil sembur, sambil pegang mulut. pastu sapu tinga. bertuah tul anak mama.

Wednesday, May 12, 2010

6 bulan 4 hari....berat 8.18kg

hari ni mama bawak adam pi klinik. berat adam dah 8.18kg.... cepat betul anak mama besar. kat bawah dagu dah ada parut, mungkin adam cakar muka masa kat umah ibu mon semalam kot. malam tadi dalam sejarah...kul 12 tgh malam adam 'uk..uk..'. selalunya ptg2, tapi malam td tgh2 mlm baru buang hajat. mama dah ngantuk terus jadi segar sebab terhidu gas beraroma adam...

Monday, May 10, 2010

6 bln


adam dah 6 bln...sekejap je masa berlalu. tetiba mama terkenang saat2 nak lahirkan adam 6 bln lepas.... alhamdulillah adam membesar dengan sihat. anak mama ni baik, x byk meragam cuma manja je lebih sikit.

kasut baru

semalam mama bawak adam g the store...beli kasut baru. mama ingat nak beli kasut pooh tapi x jadi. kaki adam montel sgt. tu pun mama bli yang saiz 2. tapi cantik...kasut jeans lagi. bleh pakai ngan baju bebet adam

Wednesday, May 5, 2010

gelagat adam

lama mama x update blog anak mama ni.... mama bz la syg..
anak mama skang ni dah makin pandai. walker pun dah pandai di tolak. seme benda nak di capainya. hari tu, pasu bunga mama terbalik. tadi, adam dah mula capai barang atas kabinet tv. so lepas ni mama ngan papa kena buat 5's la kat rumah. walau mcm mn pun, mama suka tgk gelagat adam skarang ni. asyik nak gelak je...

hari ni papa keje malam. so mcm biasa la..kalau papa keje malam, adam akan tdo awal sbb xde org nak layan adam. mama pun byk keje lain nak kn buat. nanti mama cuti kita main ye.

International E Chem E-Car

1st time adam join international program. (9-10/10/2019) ...